Wednesday 11 May 2016

BUKAN BOHONG TAPI BENAR-BENAR BELAKA.




Entah mengapa hari ni tiba-tiba rasa hiba,
Potong bawang sedu rasa,
Pasang stiker cawan mengenang seketika,
Bukan mudah yang orang lihat mata kasar mereka.
Kami bukan dari keluarga berada,
Awal niaga mahu pinjaman pelbagai dan syarat dan cerita,
Kadang-kadang buat give-up rasa mahu berniaga,
Akhirnya Tuhan punya kuasa kami guna tunai yang ada.
13 Febuari 2016 kami melangkah,
Ku peluk mereka dengan Bismilah,
Supaya dapat harungi saingan dan masalah,
Alhamdulilah dah 3 bulan kami gagah.
Kau tahu kawan kami tebalkan telinga dengan cemuhan,
Belum lagi yang tidak puas hati dalam saingan,
Kami ada untuk meriahkan pasaran,
Bukan cari musuh atau lawan.
Yang best mahu cerita,
Latar belakang jauh berbeza,
Resepi kopi kini pelbagai rasa,
Kadang-kadang macam tidak percaya,
Kreatif juga bidang yang tiada di tulis dalam cita-cita.
Belum tahap bangla dan indon bekerja,
Seminggu tiada cuti suka-suka,
Duduk bawah mentari payung berniaga,
Peluh menitik tak boleh nak cerita,
Apa pun kami tetap ceria.
Kami tiada pekerja,
Empat orang bergabung tenaga,
Jauh lagi nak bersuka ria,
Tahukan semua kampung halaman tidak di jenguk juga.
Mahu kumpul keluarga berkampung di ibu kota,
Walaupun seketika sangat berharga,
Sungguh banyak kena korban jiwa dan raga,
Siapa tahu luluhnya hati kecil nama manusia.
Alhamdulilah di keliling kawan yang jitu,
Tambah pula dengan kawan baru,
Perbaiki mana yang perlu,
Supaya bertambah baik dan bermutu.
Kopi segar lahir dari kios,
Serius kami tidak boleh diam di situ,
Tunggu kelahiran baru dari KPkopies,
Insyallah doakan kami terus maju.
KW12, Kasturi Walk, Central Market, KL
KPkopies
Keep coming back

No comments:

Post a Comment