Saturday 27 February 2016

AWAS KIOS KOPI TARIK DUIT

 CARAMEL LATTE COLD RM8.90

CHOCOLATE LATTE RM8.90

ini dia abang barista yang hensem Zainul Ariffin

 KIOS TARIK DUIT
KPkopies

KW12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur 
masa operasi : 8.30 pagi hingga 9.30 malam
doodle by Hesharm Artwork


 nampak macam mana kios ni tak tarik duit 
smile emoticon

Jika pelancong pun beritahu rasa kopinya kaw maka anda kena mencuba supaya tidak hanya mendengar cerita sahaja. 


 Hot Cappuccino RM7.00

 Espresso RM6

Black Coffee RM6/RM7 cold
Caffe Latte RM7/RM8 cold
Cappuccino RM7/RM8 cold
Caramel Latte RM7.90/RM8.90 cold
Hezulnut/Vanila RM7.90/RM8.90 cold
Chocolate Latte RM8.90/RM9.90 cold
Hot Tea RM3.90





NOW you guys can order our frappe🎉
Chocolate Latte RM10.90.
Caffe Latte, Green tea, Caffe Mocha, Caremal, Cappuccino, hezelnut, Vanila RM9.90 



AWAS KIOS KOPI TARIK DUIT

AWAS jangan kata tidak beritahu, jangan kata tidak tahu, sudah berkali-kali di ingatkan jangan dekat jangan menghampiri kios kopi ini sangat merbahaya, sekali lagi diberitahu SANGAT BAHAYA dan BERHATI-HATI
Mula minta Caffe Mocha lepas tu abang barista yang hensem tanya "mahu manis atau biasa" sebab tekak jawa "manis sikit bang" terkejut wei mana ada barista kedai-kedai kopi tanya kita macam tu. "bukan apa dik kadang-kadang tekak ni lain-lain rasa, kalau buat kopi memang di ajar sukatan yang betul tapi sukatan untuk orang Itali ataupun hantu kopi, tapi orang Malaysia lebih suka yang sedang-sedang atau manis" ujur abang barista memberi penerangan. Wah hebat la abang ni.
Selepas siap bayar kemudian terpandang pula red velvet cup cake yang comel, belilah lah juga ahhhh kios ni mula tarik duit dari dompet aku, masa nak balik terpandang pulak butter cookies emm tarik lagi duit tarik lagi dia dah mula tarik dah ni.
Esok tidak puas hati saya order Caramel Latte katanya memang terbaik, kemudian kawan cakap Chocolate Latte mabless maka kejadian tidak di ingini berlaku lagi kios mula tarik dan tarik duit. Rakan sekerja whatapp untuk belikan Caffe Latte, Caffe Hazelnut dan brownies marble serta cream puff. Pening wei pening sangat kenapa bila berdiri depan kios ni duit saya asyik kena tarikkkkkk.
Lusa datang lagi capai Black Coffee, ehhh kenapa kios ni? kenapa aku kemari hari-hari. Kenapa aku kena tarik kenapa terus berlaku, muskil sangat ni.
Kalau cerita panjang pun tidak guna baik korang cuba la sendiri ke kios KPkopies di KW12, Kasturi Walk, Central market, kios kiut dan comel jek dengan doodle mencirikan Malaysia hasil jari pembaris hesharm_artwork. WAJIB bergambar tau jika tidak menyesal.
Nak tahu abang barista tu nama dia Zainul Ariffin Suradi. Asal dari Johor,dia boss rupanya bersama rakan kongsi merupakan kakaknya sendiri Kenari Putih (KP) dan abang ipar, Fauzi Ahmad. Bukan calang orang wei dia ada Bachelor’s Degree in Software Engineering, Limkokwing Universiti, Tapi sebab minat berniaga dia ketepikan kerjaya dan mula kursus barista, membuka tapak kios dan insyallah bercita-cita ingin mulakan beroperasi di caravan juga satu hari nanti. Kagum kagum sangat la siswazah muda berniaga ni.

Yang sebenar duit anda tidak ditarik tapi anda dengan RELA HATI membeli pelbagai air kopi, kek, biskut, brownies dan roti. Kalau rela hati maksud rasa dia kebabommmmmm la wei tak kan itu pun tak tahu. hehehehehheheheheh serius KPkopies pembuat air kopi terbaik tau terasa di tekak lagi ni, harusss kesana lagi selapas ini.

KPkopies
keep coming back

No comments:

Post a Comment