Monday 1 February 2016

KOPI PAHIT SATU




Melangkah ke kafe jenama gah di Malaysia, pertama kali hidup selama 30 tahun baru mahu mencuba, baru nak kenal, dalam kerisauan melilau biji mata memandang sekeliling, rasa takut sampai mengigil depan kaunter, melihat susunan menu gasak mahu mengeja atau membaca boleh tergeliat lidah jawa ni 

Tapi konfiden kena ada. 

Baca list menu yang pertama.

A: "Bang bagi Espresso satu ya"

B: (muka agak terkejut, tengok aku atas bawah) 
"OK. Espresso 1 cawan harga RM6 ya kak. Minum sini atau take away"

A: "Bungkus", ujarku ringkas.

Sekali datang secawan kecil dan sedikit air kopi O pekat, Ya Allah betul ke apa yang aku pesan ni. Tak seperti yang digambarkan macam dalam foto ada susu, ais serta buih. Sebab nak cover malu bayar dan terus berlalu. 

Mahu tidak mahu telan kopi pahit tu sebab bila fikirkan harganya sambil ketawa sendiri, itu la lain kali jangan sombong jika tak tahu, tak salahkan bertanya mereka yang pakar, "Sini kopi apa yang paling best ya?"

Sekarang boleh rasa dan menilai kedai mana yang sedap dan gunakan kualiti kopi yang baik mahupun sukatan yang betul.

Jadi jangan lupa nota yang admin pernah beri mana satu pilihan rasa anda.

Espresso selalunya digemari oleh orang putih jika di sini kita memesannya memang agak kelihatan pelik bagi penjaga kaunter.

Bak kata penjual mesin kopi kadang-kadang kopi ini sedapnya mengikut tangan barista (pembancuh kopi) juga.

COMING SOON MID FEBRUARY 2016, 
KW-12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur.
"keep cooming back" menjajikan yang terbaik untuk anda.

KPkopies


#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi 

No comments:

Post a Comment