Thursday 3 March 2016

KPKOPIES MENGAMIT NOSTALGIA ANDA CENTRAL MARKET



Sejak buka kios di Pasar Seni atau lebih di kenali sebagai Central Market, rata-rata kedengaran " 
" sudah lama tidak jejak kaki ke sini"
" betahun tidak ke sini" 

" akhir ke sini masa sepuluh tahun lepas"
" masa muda suka lepak sini
"
Pasar Seni ini di bina pada tahun 1888, Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi. Ia merupakan pusat budaya untuk pameran dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Punya kemudahan Star dan Putra untuk ke sini juga.
Memang sudah jauh berbeza sekarang serta sudah di ubahsuai untuk keselesaan tetapi minta maaf kerana kurang di jejaki oleh warga tempatan sendiri kerana keadaan yang tidak berapa selesa, ini kerana kawasan ini di jadikan tempat lepak warga-warga asing terutama di hujung minggu. Berharap sangat pihak berwajib mengambil berat untuk membendung tentang kes ini.
Sedangkan Pasar Seni ada lah sepuluh senarai tempat utama yang wajib pergi jika melancong ke Kuala Lumpur untuk para pelancong asing dan Malaysia sendiri.
Dengannya ada kios  KPkopies serta tarikan gerai makanan dan minuman tempatan lain, begitu juga bazar karya seni lukis, pusat cenderhati serta kraftangan Malaysia dan tidak lupa pertunjukkan kebudayaan dapat mengembalikan pengunjung dari negara sendiri ke sini.
Wujudnya kios comel KPkopies sama-sama memanggil dan mengamit kenangan kalian semasa muda-muda, zaman sekolah, zaman universiti dan zaman bercinta kembali dan tidak lupa boleh bawa keluarga ke satu destinasi beriadah.

JOM MENGOPI..........


KPkopies
keep coming back

No comments:

Post a Comment