Monday 14 March 2016

Apa mereka kata tentang kami




Kelihatan sepasang suami isteri dan seorang anak gadis menoleh ke kios kami, nampak beliau seperti mencari sesuatu.

Lantas anak gadis berhenti di kios kami dan membuat pesanan "Caffe latte hot" dan terus mengambil tempat duduk di sudut kedai.

"Baru ke kedai ini" ujurnya

"ye baru buka dua minggu" jawab ku

"patut la sebab saya sudah berada di Malaysia selama 18 hari, sebelum ke negeri lain kami sudah ke sini masa hari pertama tetapi tidak nampak kedai ini"

"bagaimana rasa kopi kami" itulah yang kami cuba tanyakan kepada pelanggan demi memperbaiki kelemahan jika ada.

"sedap, sangat sedap bijian kopi yang baik sebab dari rasa sudah tahu. Di Malaysia sukar mahu jumpa kedai-kedai kopi yang kecil yang bermutu selain.....( beliau menyebut 2 dua jenama kedai kopi yang besar), di negara kami kedai kopi mudah di jumpai dan ada berniaga secara bergerak, suka kedai ini sangat simple dan menarik"

"Terima kasih sila datang lagi" ucap ku kepadanya.

Mudah mahu sedekah hanya berikan senyuman manis sahaja, lebih bahagia bila mereka suka apa yang kita sajikan.

Alhamdulilah, Syukur Ya Allah engkau berikan aku jalan, Engkau berikan aku keyakinan.


KPkopies
Keep coming back

‪#‎KPkopies‬ ‪#‎gilakopi‬ ‪#‎keepcomingback‬ ‪#‎alhamdulilah‬ ‪#‎buihbuihcinta‬

No comments:

Post a Comment