Friday 3 June 2016

di belakang tabir JDT


Corat coret belakang tabir di sebalik jelajah JDT.
28/5
- tersadai di tepi Jalan Besar Sungai Besi sebab masalah bateri.
-Tersadai lagi di lebuhraya PLUS menghala ke Selatan kerana tayar pecah nasib abang Plus menggantikan tayar spay
29/5
- pagi baru belajar menggunakan mesin pemanas dan pengisar kopi yang baru di beli. Habis satu rumah kampung kembong kopi sebab dipaksa minum.
- Wayar meletop sebab ketinggin watt yang kami gunakan nasib baik ada pak cik rock abang kawasan telefonkan orang karen.
- baru perasan banyak barang alatan penting tertinggal di Kuala lumpur, terus belajar sukatan baru mencapai rasa sebenar.
- Tahan lori ais tengah jalan😊😝
- Jenaretor mati bergelap sekejap sebab minyak tidak di isi semula.
- Orang sudah berbaris sedangkan mesin kopi mengambil masa 20-30 minit untuk di panaskan.
30/5- mesin pemanas susu tidak berfungsi, alhamdulilah dapat di atasi masalah berkenaan.
- di halau keluar dari kawasan Celcom sebab tiada surat permohonan dan alhamdulikah berpindah ke tepi jalan besar mendoakan supaya tiada gangguan MBJB untuk menghabiskan misi sampai jam 2 petang
- Blander kami kerem sebab TERkejut kerja tanpa henti.
- Bantuan tambahan pekerja di bahagian pengambilan pesanan dan kaunter pembayaran. Heheheheehe.
- red velvert menjadi rebutan pelanggan.
31/5
- tersadai di Petronas Kota Tinggi lagi tiba-tiba lori merajuk tidak mahu hidup.
- Lokasi awal tiada ruang untuk letak lori sebab kelewatan.
-Pindah lokasi, di jengah MDKT tapi minta izin sampai jam 2 dengan syarat tidak menggangu petak parking.
- Sambutan luar dugaan menyebabkan terpaksa tutup awal sebab kehabisan stok utama pembuatan kopi.
- Agak sukar untuk mendapat stok susu fresh milk yang sebenar di Kota Tinggi.
- Orang JDT memang suka kopi blander kiut kami hingga pengisar kerem lagi
- ramai yang terkejut kami datang dari jauh dan hanya seketika di tiap lokasi.
1/6
- Alhamdulilah abang barista selamat sampai ke KL bersama kenderaan kotaknya😊
- Insyallah kami akan baik pulih lagi kemudahan dan perhidmatan setelah berjaya melalui pengalaman ini.
- Hakak dan abang barista tidak sempat nak senyum dan melihat adik-adik manis yang beli hehehe sebab terpaksa fokus dengan deretan cawan yang menunggu giliran.
Terima Kasih semua, kalian memang "The best"

kisah lanjut di
FB: www.facebook.com/kpkopies (KPkopies)
Instagram: www.instagram.com/kpkopies (@kpkopies) 

KPkopies
Keep coming back
Lagi sikit untuk nampakkan si comel ini lagi kebabom

No comments:

Post a Comment