Monday 29 February 2016

CABARAN KOPI BARISTA

















 21 Febuari 2016 

Cabaran Kopi Barista oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad di kios KPkopies.
Cabaran 60 minit. 45 cawan kopi dijual. 10 naskhah buku Terkenal Di Langit diberikan percuma. Ramai sahabat dan pelanggan baru. Kami berikan pengalaman baru
Alhamdulillaah. Ya Razzaq Ya Razzaq.

Terima kasih bagi semua yang terlibat, Insyallah kita akan bertemu lagi untuk acara akan datang.

KPkopies
keep coming back

Sunday 28 February 2016

Resepi ciptaan kami Frappe P



Yehhh yeeeehhhh yyyyyeehh kini muncul FRAPPE "P"
Kami memgubah suai resepi espresso Italy mengikut citarasa orang Malaysia yang tidak berapa suka pahit maka tercipta la "Frappe P " hanya terdapat di kios kami dengan harga RM9.90.
Dicurahkan dengan penuh kasih sos coklat dan caremal, di taburi sayang butir-butir coklat kacang, diselitkan cinta masmelo dan disaluti rasa mesra fresh cream.
Lokasi: KW12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 9.30 malam

KPkopies
Keep coming back

Saturday 27 February 2016

AWAS KIOS KOPI TARIK DUIT

 CARAMEL LATTE COLD RM8.90

CHOCOLATE LATTE RM8.90

ini dia abang barista yang hensem Zainul Ariffin

 KIOS TARIK DUIT
KPkopies

KW12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur 
masa operasi : 8.30 pagi hingga 9.30 malam
doodle by Hesharm Artwork


 nampak macam mana kios ni tak tarik duit 
smile emoticon

Jika pelancong pun beritahu rasa kopinya kaw maka anda kena mencuba supaya tidak hanya mendengar cerita sahaja. 


 Hot Cappuccino RM7.00

 Espresso RM6

Black Coffee RM6/RM7 cold
Caffe Latte RM7/RM8 cold
Cappuccino RM7/RM8 cold
Caramel Latte RM7.90/RM8.90 cold
Hezulnut/Vanila RM7.90/RM8.90 cold
Chocolate Latte RM8.90/RM9.90 cold
Hot Tea RM3.90





NOW you guys can order our frappe🎉
Chocolate Latte RM10.90.
Caffe Latte, Green tea, Caffe Mocha, Caremal, Cappuccino, hezelnut, Vanila RM9.90 



AWAS KIOS KOPI TARIK DUIT

AWAS jangan kata tidak beritahu, jangan kata tidak tahu, sudah berkali-kali di ingatkan jangan dekat jangan menghampiri kios kopi ini sangat merbahaya, sekali lagi diberitahu SANGAT BAHAYA dan BERHATI-HATI
Mula minta Caffe Mocha lepas tu abang barista yang hensem tanya "mahu manis atau biasa" sebab tekak jawa "manis sikit bang" terkejut wei mana ada barista kedai-kedai kopi tanya kita macam tu. "bukan apa dik kadang-kadang tekak ni lain-lain rasa, kalau buat kopi memang di ajar sukatan yang betul tapi sukatan untuk orang Itali ataupun hantu kopi, tapi orang Malaysia lebih suka yang sedang-sedang atau manis" ujur abang barista memberi penerangan. Wah hebat la abang ni.
Selepas siap bayar kemudian terpandang pula red velvet cup cake yang comel, belilah lah juga ahhhh kios ni mula tarik duit dari dompet aku, masa nak balik terpandang pulak butter cookies emm tarik lagi duit tarik lagi dia dah mula tarik dah ni.
Esok tidak puas hati saya order Caramel Latte katanya memang terbaik, kemudian kawan cakap Chocolate Latte mabless maka kejadian tidak di ingini berlaku lagi kios mula tarik dan tarik duit. Rakan sekerja whatapp untuk belikan Caffe Latte, Caffe Hazelnut dan brownies marble serta cream puff. Pening wei pening sangat kenapa bila berdiri depan kios ni duit saya asyik kena tarikkkkkk.
Lusa datang lagi capai Black Coffee, ehhh kenapa kios ni? kenapa aku kemari hari-hari. Kenapa aku kena tarik kenapa terus berlaku, muskil sangat ni.
Kalau cerita panjang pun tidak guna baik korang cuba la sendiri ke kios KPkopies di KW12, Kasturi Walk, Central market, kios kiut dan comel jek dengan doodle mencirikan Malaysia hasil jari pembaris hesharm_artwork. WAJIB bergambar tau jika tidak menyesal.
Nak tahu abang barista tu nama dia Zainul Ariffin Suradi. Asal dari Johor,dia boss rupanya bersama rakan kongsi merupakan kakaknya sendiri Kenari Putih (KP) dan abang ipar, Fauzi Ahmad. Bukan calang orang wei dia ada Bachelor’s Degree in Software Engineering, Limkokwing Universiti, Tapi sebab minat berniaga dia ketepikan kerjaya dan mula kursus barista, membuka tapak kios dan insyallah bercita-cita ingin mulakan beroperasi di caravan juga satu hari nanti. Kagum kagum sangat la siswazah muda berniaga ni.

Yang sebenar duit anda tidak ditarik tapi anda dengan RELA HATI membeli pelbagai air kopi, kek, biskut, brownies dan roti. Kalau rela hati maksud rasa dia kebabommmmmm la wei tak kan itu pun tak tahu. hehehehehheheheheh serius KPkopies pembuat air kopi terbaik tau terasa di tekak lagi ni, harusss kesana lagi selapas ini.

KPkopies
keep coming back

Friday 26 February 2016

Birthday Patner Encik Fauzi Ahmad


Tiada hadiah yang bernilai tahun ini cuma berikan tarikh bersejarah itu tetap menjadi ingatan buat salah seorang patner KPkopies yang memyambut ulang tahun pada tarikh pembukaan kios di KW-12, Kasturi Walk, Central Market.

13 Febuari 2016 tarikh mula beroperasi dan sama tarikh ulang tahun ke 44 buat Encik Fauzi Ahmad.

kami mendoakan beliau panjang umur, murah rezki, di beri kesihatan yang baik dan sukses dalam semua bidang dunia dan akhirat. Terima kasih tidak terhingga kerana beliau juga tunjang utama penubuhan KPkopie. Aamiin aamiin

KPkopies
KP & Zainul

Kredit buat abang long kerana jambangan bunga dan belon yang cantik. Boleh buat penghataran dan kejutan di depan muka anda hehehehehhehehe

*Maaf lambat nak update sebab bz dengan pembukaan kios😍😘

Muka TERpaksa disuruh bergambar


Thursday 25 February 2016

kopi oh kopi



Masa baru berjinak-jinak dengan kopi, buat pesanan apa yang nampak di menu tanpa fikir apa kandungan di dalamnya.
Bila belajar, di ajar mengikut sukatan dan lepas A, lepas tu B dan seterusnya, ahhh mudah sahaja kacang lah sebabnya hanya teori.
Setelah menceburi perniagaan ini kini baru tahu Tuhan jadikan lidah manusia punya berlainan citarasa tentang kopi, ada yang suka panas, ada yang suka sejuk, ada suka pahit, ada yang suka manis tidak kurang yang suka sedang-sedang rasanya janji puas hati "keep coming back"
Disini kami berikan anda pilihan untuk merasa dahulu, jika tidak kena selera kami bantu dengan cadangan tambahan secara percuma.

KPkopies
Belum pernah minum espresso seteguk lagi.

Wednesday 24 February 2016

Belajar dan terus belajar


Semua perkara kena belajar dan bukan semudah yang di sangka.
Kena beli buku bergambar maklumlah sekarang sudah tidak berapa muda kalau baca lebih nanti buku baca kita semula😊


@kpkopies 
Keep Coming Back
Masa: 8.30 pagi - 9.30 malam
Lokasi: 1KW-12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur

#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi

Tuesday 23 February 2016

ohhhh OMG kena beraturrrrrrrrrrr



kredit foto to @muhammad farid
hitam itu nampak elegan 😁😁😁

ramai customer harini. murah rezeki kawan kita.#kpkopies


@kpkopies
Masa: 8.30 pagi - 9.30 malam
Lokasi: 1KW-12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur

#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi

Monday 22 February 2016

DOODLE Kpkopies‬ by @hesharm_artwork


Kejutan! terima kasih kerana sanggup turun bersama keluarga dari Johor Bahru untuk beri sokongan kepada kami

Kredit foto by @hesharm_artwork
Tahniah kepada Kemit & Siti
@kpkopies terbaik!
Siap demo full Cover Kios lagi
‪#‎doodle‬ by @hesharm_artwork


Masa: 8.30 pagi - 9.30 malam
Lokasi: 1KW-12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur

#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi

Sunday 21 February 2016

FRIDGE MAGNET KPkopies


KREDIT FOTO BUAT myMAGNETIC

Customized fridge magnet for @kpkopies official launch tomorrow, 13/2/16. Yes folks...FREE MAGNET GIVEAWAYS. Just drop by at KW12 Kasturi Walk Central Market KL tomorrow. 8am till 8pm. Check out other freebies too!
Jommmmm ke central market kita! Kios kopi baru akan dilancarkan esok. InsyaAllah.
Allahumma Ya Baari permudahkanlah urusan kami esok. Engkaulah maha pemberi rezeki Ya Razzaq. Kayakan hati kami dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan Ya Ghoniy Ya Mughniy Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud dalam menuju jalan SyurgaMu.

Saturday 20 February 2016

CABARAN KOPI BARISTA



SEMUA DIJEMPUT HADIR. Tiada bayaran dikenakan smile emoticon

Assalaamualaikum / Salam Sejahtera,
Tuan Khairul Hakimin Muhammad - Penulis viral artikel bertajuk 'Berkat Dalam Makanan' yang telah mendapat lebih 52,000 Likes, 29,000 Shares dan lebih 4,000 komen di ruangan Facebook bertarikh 11 Februari 2016, menyahut cabaran muridnya di dalam 'Cabaran Kopi Barista' di kios KPkopies.


2) Berikut adalah maklumat terperinci cabaran tersebut:

Tarikh: 21hb Februari 2016 (Ahad)
Masa: 1.00pm - 2.00pm
Alamat Kios:
KW12, Kasturi Walk,
Central Market Kuala Lumpur
50050, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
MALAYSIA

*Landmark: Kios KPkopies bersebelahan dengan kios Cool Blog, luar bangunan Pasar Seni KL.

Nota: Kita hanya merancang, hanya Dia Ya Baari' yang menentukan. Jumpa esok InsyaAllah. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan. Allahumma Aamiin. Mohon kongsi dengan kawan-kawan kot ada yang berminat nak datang esok keh. Tengs

#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi


Ehem ehem jari pembaris sudah mula buat hal lagi di kios kami, tunggu cetakkan sepenuhnya nanti.
SELAMAT PAGI.
Mai pekena kopi secawan 


#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi 

😊

Friday 19 February 2016

HOT MOCHA RM7.90



ALHAMDULILAH kami beroperasi seperti biasa hari ini di KW-12, Kasturi Walk, Central Market (8.30 pagi hingga 9.30malam)
Morning U alllsssss
Ehem sebab admin diet hari ini sarapan alas perut, mocha panas (RM7.90)+ cream puff (RM1.50) hahahahahha boleh percaya ke
(belakang tabir nasi lemak telur goreng + paru lagi)
Senyum sampai telinga sebab rasa sampai mengigit jari.

#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi

Thursday 18 February 2016

HOT COKO RM8.90



Hot Coko ehem ehem sudah sampai ke tekak glup glup glup hanya RM8.90 sahaja kaw kaw rasa dia.

Masa: 8.30 pagi - 9.30 malam
Lokasi: 1KW-12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur

Tuesday 16 February 2016

Gadis Jepun


Yehhh pagi ini pembukaan kios layan pelancong dari Jepun
Travel sorang-sorang, beliau minum black coffee O ais tanpa gula fuhh memang terbaik.

KPkopies

Monday 15 February 2016

Barista kami di uji



Serius bila barista yang punya kafe dari German menguji barista KPkopies
"terbaik dan lulus" katanya, alhamdulilah dapat mencapai rasa mereka 😊
Anda bila lagi mahu mencuba pasti "keep coming back"

@kpkopies 
Baru belajar buih bentuk love tersusuk panah hahahahhahahaa

Masa: 8.30 pagi - 9.30 malam
Lokasi: 1KW-12, Kasturi Walk, Central Market, Kuala Lumpur

#insyaallah #kpkopies #keepcomingback #stepbystep #brewbybrew #gilakopi